top of page

THE ALCHEMIST

Tahun diterbitkan : 2014

Diterbitkan oleh: HARPERONE

Alchemist mengisahkan perjalanan seorang pengembala biri-biri Andalusia bernama Santiago mengejar mimpinya. Santiago mengalami mimpi yang berulang-ulang yang dia percaya adalah propetik. Ia meminta seorang pentafsir mimpi di sebuah kota yang berdekatan tentang maknanya. Wanita itu menafsirkan mimpi tersebut dengan memberitahu Santiago bahawa dia akan menemui harta karun di piramid Mesir.


Di awal perjalanannya, dia bertemu dengan seorang raja tua bernama Melkisedek, atau raja Salem, yang memberitahu dia untuk menjual biri-birinya, supaya pergi ke Mesir, dan memperkenalkan idea tentang Legenda Pribadi. Legenda Peribadi merupakan apa yang anda amat ingin capai. Setiap orang, di usia masih muda, tahu Legenda Peribadi mereka."


Pada awal ketibaannya ke Afrika, seorang lelaki yang mengaku dapat membawa Santiago ke piramid telah merompak semua wang Santiago hasil jualan biri-birinya. Santiago kemudian memulakan perjalanan panjang dan sukar menjadi pedagang kristal bagi mengumpulkan wang yang cukup untuk memenuhi legenda peribadinya dan pergi ke piramid.


Dalam perjalanan ke piramid, Santiago bertemu seorang lelaki Inggeris yang ingin mencari seorang ahli kimia dan beliau meneruskan perjalanannya bersama teman barunya. Apabila mereka sampai di sebuah oasis, Santiago bertemu dan jatuh cinta dengan seorang gadis Arab bernama Fatima, yang dilamarnya. Fatima berjanji hanya akan berkahwin selepas Santiago menyelesaikan perjalanannya. Pada mulanya Santiago berasa kecewa, namun dia kemudian menyedari bahawa cinta sejati tidak akan menghentikan atau mengorbankan pemilik lagenda peribadi.


Santiago kemudiannya bertemu seorang ahli kimia yang bijak yang telah mengajarnya untuk menemui dirinya yang sebenar. Bersama-sama, mereka mengembara melalui wilayah puak-puak yang berperang, di mana Santiago dipaksa untuk menunjukkan dirinya bersatu dengan "jiwa dunia" dengan mengubah dirinya menjadi simoom sebelum dia dibenarkan untuk meneruskan perjalanan Apabila Santiago mula menggali di kawasan berhampiran piramid, dia dirompak lagi. Secara tidak sengaja, Santiago menemui jawapan mimpinya daripada perompak bahawa harta yang dia cari selama ini berada di runtuhan gereja di mana dia mengalami mimpi yang berulang pada kali pertama.


Saya mempelajari bahawa setiap orang perlu mempunyai impian dan seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi impian tersebut kerana ia bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah yakin dengan keupayaan diri dan jangan berputus asa. Kebijaksanaan (wisdom) akan diperoleh melalui pengembaraan dan bukannya hanya dengan menetap lama di suatu tempat. Melalui pengembaraan, seseorang akan mengalami pelbagai cabaran, pengalaman dan menemui berbagai karakter manusia. Justeru, kita akan lebih mengenali diri sendiri dan akan lebih menghargai setiap apa yang kita punyai.

Dr HANANI BINTI HARUN RASIT

Sektor / Unit/ Organisasi

: JIP, IPG KPT


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page