top of page
Search

ISU PROFESIONALISME KAUNSELING DI MALAYSIA

  • Pengarang RAFIDAH AGA MOHD JALADIN
  • Aug 22, 2019
  • 1 min read

Tahun diterbitkan 2014

Diterbitkan oleh :UNIVERSITI MALAYA

Sinopsis Buku Yang Dibaca:

Buku Isu Profesionalisme Kaunseling di Malaysia bertujuan memperkenalkan dan memperihalkan profesion kaunseling di Malaysia. Buku ini merupakan kajian literatur yang mendedahkan maklumat awal dan asas kepadda pembaca tentang beberapa dimensi dan bidang pengamalan yang penting dalam profesion kaunseling.

Kandungan :

  1. Pengenalan profesion kaunseling di Malaysia

  2. Kaunseling silang budaya: Isu kepelbagaian dalam memberikan perkhidmatan kaunseling

  3. Kaunsling di sekolah: Isu dalam menangani klien dirujuk

  4. Kaunseling organisasi: Isu pekerja dalam pengamalan kaunseling

  5. Kaunseling kerjaya bagi orang kelainaan upaya

  6. Pengujian dalam kaunseling dan psikologi

  7. Isu etika dan profesional dalam pengujian dan penilaian bagi perkhidmatan kaunseling

  8. Kaunseling ketagihan dan pemulihan: ketagihan internet, simpton,

  9. kesan, dan cara pemulihannya

  10. Kecekapan dan latihan profesional kaunselor

Fokus utama buku ini adalah isu-isu profesionalisme dalam pengamalan dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia. Ia temasuk perkembangan profesion kaunseling, isu kepelbagaian budaya dalam pengamalan kaunseling, pengamalan kaunseling di sekolah dan organisasi, pengujian dalam kaunseling dan psikologi, kaunseling ketagihan dan pemulihan serta isu kecekapan kaunselor.

Manfaat/ pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca

Buku ini boleh memberi sumbangan tersendiri dalam bidang kaunseling dan psikologi. Justeru, ia amat sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada para kaunselor dan pelajar kaunseling untuk membantu memartabatkan dan memperkasakan profesion kaunseling di Malaysia.

Sektor / Unit/ Organisasi : JIP, IPG KPT

Nama : ZAITON BINTI SHARIF


 
 
 

Recent Posts

See All
Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W

© 2015 by IPG Kampus Pendidikan Teknik

bottom of page