top of page

KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH (TERJEMAHAN DARI: TARIKH AL-HAWADITS WA AL-AHWAL AN-N

Tahun diterbitkan: 2014

Diterbitkan oleh: GALERI ILMU SDN. BHD.

Buku Kenal untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah merupakan hasil terjemahan daripada kitab Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah karangan Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani al-Makki. Buku ini bukan hanya menerangkan kronologi rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan hidup Nabi Muhammad semenjak awal Baginda dilahirkan sehingga kefawatannya tetapi disertakan juga maklumat umum tentang Baginda. Maklumat umum ini termasuklah penerangan mengenai nama, nasab, keturunan dan kaum kerabat, individu-individu yang ada kaitan dengan Nabi dalam kehidupan Baginda, barang-barang, pakaian dan haiwan ternakan serta sedikit catatan tentang akhlak dan peribadi Baginda yang mulia.

Harapan yang tidak terlalu ringkas atau terlalu panjang, dengan bahasa yang mudah, di samping maklumat yang jarang dijumpai di dalam buku-buku sirah yang lain, menjadikan buku ini sangat unik dan perlu dimiliki oleh setiap muslim.

Manfaat/ pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:

Buku ini sangat penting untuk dibaca oleh setiap lapisan masyarakat bagi membantu umat Islam mengenali dan menyelami sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad dengan lebih dekat dan seterusnya meletakkan Baginda Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam mengabdikan diri dalam mencari keredhaan Allah. Semoga usaha untuk mengenali (ma'rifah) Baginda Rasulullah akan membuahkan rasa cinta (mahabbah) dan akhirnya menatijahkan taat (tho'ah wa iqtida') kepadanya.

CHE HARITHUN BINTI ABDULLAH @ HARUN

Sektor / Unit/ Organisasi: JIP, IPG KPT


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page