MOTIVASI GAYA RASULULLAH
Diterbitkan oleh: PTS MILLENNIA SDN. BHD
Tahun diterbitan: 2012
Buku ini menggali rahsia Rasulullah S.A.W Muhammad b Abdullah dalam memotivasikan umatnya dengan pendekatan yang begitu unik. Teknik motivasi nabi mempunyai unsur ganjaran dan hukuman, namun melebihi sekadar kedua-duanya sahaja. Motivasi Gaya Rasulullah ini menyelak lembaran sejarah dan membawa kita mengimbau kembali kisah nabi.
Antara isu yang dibincangkan ialah:
Motivasi dari perspektif Islam dan Barat.
Perbezaan motivasi Islam dengan cara motivasi barat ialah menuju kepada keredhaan Allah dimana cetusan kemahuan motivasi itu adalah merujuk kepada al-quran dan hadis. Motivasi membentuk kepada perbuatan baik dan amal soleh akhirnya menuju ke reda Allah.(Piramid penggerak motivasi Islam)
Kemampuan Rasulullah mengubah masyarakat Arab jahiliah daripada kegelapan kepada cahaya Islam adalah bukti kuat dan relevan bahawa nabi Muhammad adalah motivator agung.
Sumber motivasi mengikut gaya rasulullah ada lapan paksi iaitu: solat, membaca al-Quran, 1 hadis 1 hari, membaca kisah para ulama dan orang sileh, menghayati seruan azan, bertaubat, bersabar dan ikhlas.
Ganjaran atau dorongan gaya rasulullah adalah dalam bentuk
Kebaikan yang diterima, ketengangan jiwa, pahala, mendapat pujian, dijanjikan pahala-pahala tertentun dan balasan syurga. Peranan rasulullah adalah memberikan dorongan yang tepat dan benar menuju ke arah keredaan Allah.
Hadis-hadis ganjaran dan hukuman dapat menjadi panduan dan motivasi untuk kehidupan. Contoh hadis ganjaran: Ganjaran orang yang tidak membuka rahsia (keaiban) diri sendiri adalah keampunan daripada Allah. Contoh hadis hukuman: Balasan neraka kepada pemerintah yang menipu rakyatnya.
Terdapat kisah-kisah motivasi rasulullah dan himpunan doa-doa motivasi seperti doa ketika sedang menghadapi kesusahan dan dukacita yang boleh dijadikan sumber motivasi.
Manfaat/ pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:
Kemahiran seseorang guru bukan sahaja terletak untuk pengajaran dan pembelajaran sahaja kerana guru perlu juga mempunyai kemahiran untuk memotivasikan diri sendiri serta dapat memotivasikan anak didik yang mempunyai perbezaan individu, keperluan dan ragam yang pelbagai. Oleh itu melalui pembacaan buku ini, banyak teknik dan tip cara Islami dapat diperolehi melalui hadis-hadis motivasi, ayat-ayat al-Quran, doa-doa motivasi dan kisah-kisah para sahabat. Kesemua ini amat berguna dijadikan panduan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi dapat diikuti oleh anak didik iaitu siswa guru. Kita sepatutnya merasa syukur serta bangga dan meletakkan 100% keyakinan kepada rasulullah kerana baginda ialah sebaik-baik contoh. Bahkan Micheal H.Hart dalam buku The 100: A ranking of the most Influential Persons in history telah meletakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah, mengatasi Jesus (Isa) dan saintis ulung Isaac Newton.
FAUZIAH HASHIM
Sektor / Unit/ Organisasi : JABATAN ILMU PENDIDIKAN