top of page

MENJADI PEMIMPIN SUPER


Diterbitkan oleh: PTS PROFESSIONAL SDN. BHD

BAB 1: KUBIK LEADERSHIP

Pemimpin perlu mendahulukan kemahiran kepimpinan berbanding kemahiran pengurusan. Mengapa? Kita sebenarnya adalah pemimpin (khalifah) dan nakhoda kehidupan kita sendiri. Atanomi kepimpinan diri boleh diibaratkan sebagai sebatang pokok yang terbahagi kepada tiga atanomi iaitu memimpin keyakinan (akar), memimpin aksi(batang) dan memimpin pekerti(buah). Jika pemimpin memperkukuhkan keyakinan, mempertingkatan aksi positif dan berpekerti mulia tentunya ia akan menghasilkan pemimpin yang berjaya dan cemerlang.

Konsep Kepimpinan Keyakinan berdasarkan Prinsip Manusia, Prinsip Alam dan Prinsip Tuhan, Kepimpinan Aksi berdasarkan Kerja Keras, Kerja Cerdas dan Kerja Ikhlas (3 AS) dan Memimpin Pekerti iaitu Sikap dan Perilaku Positif, Produktif dan Kontributif

Steve Jobs, CEO Apple Computer dan Pixar Animation Studio berpegang dengan kata-kata “Tetap lapar, Tetap bodoh” bererti sebagai manusia kita perlu mensyukuri nikmat dan berusaha keras untuk mencapai kehidupan yang baik serta senantiasa bersifat terbuka atas perkara-perkara yang baharu.

BAB2 : VALENSI

Valensi adalak ukuran kapasiti diri kita. Setiap individu memiliki valensi yang berbeza. Nilai valensi kita menentukan hasil kualiti kerja dan mempengaruhi tahap kejayaan kita.

BAB 3: PRINSIP MANUSIA

Kesempurnaan manusia terletak pada kemampuannya membuat pilihan, termasuk memilih bagaimana menjalani hidupnya. Raih kejayaan jangka panjang dengan meningkatkan to be dan valensi serta merendahkan to have. Jadi pakar yang bersyukur, bersabar dan berilmu

BAB 4: PRINSIP ALAM

Alam mempunyai hukum yang mengikat seluruh makhluk di dalamnya. Hukum Kekalan Energi (HKE) menjamin tiada energi di dunia ini yang sia-sia. Hasil usaha menyamai hasil nilai usaha keras. Perbanyakan pengeluaran energi positif (EPOS) dan jauhi energi negatif.

BAB 5: PRINSIP TUHAN

Manusia mulia, manusia menjadi gardu EPOS Tuhan. Mereka memiliki kepakaran sehingga boleh menyalurkan kepada orang sekeliling mereka dan persekitaran.

BAB6: KEKUATAN 3 AS

Kita mampu melakukan beban kerja yang berlipat ganda tanpa mengeluarkan energi dan waktu tambahan. Bahkan, ia dilakukan dengan hati yang ikhlas dan gembira.

BAB 7: MENINGKATKAN KERJA KERAS

Ciri-ciri pekerja keras iaitu memiliki stamina dan daya tahan diri yang kuat, disiplin diri yang tinggi dan memiliki kecekapan dan ketersediaan diri yang tinggi.

BAB8: MENINGKATKAN KERJA CERDAS

5 perkara iaitu kemampuan meningkatkan skala dan waktu, sistem kerja yang efektif, memodali aset, menjaga kebajikan pekerja dan mempermudahkan keadaaan.

BAB9: MENINGKATKAN KERJA IKHLAS

Usaha yang dilakukan menggunakan kesucian hati dan penuh keikhlasan bagi mencapai hasil yang diimpikan. Kita perlu membersihkan, membesarkan, mengisi dan mengharumkan wadah kita. 4 ciri ikhlas; keikhlasan yang tinggi, pandangan jelas, memberikan lebih daripada yang diminta dari 4-ta iaitu harta, tahta, kata dan cinta.

BAB 10: SIKAP DAN PERILAKU POSITIF, PRODUKTIF DAN KONTRIBUTIF

Perilaku adalah sikap mental yang dimiliki yang mempengaruhi perlaku seharian. Perilaku positif melihat sesuatu sebagai pengajaran positif, menikmati hidup dengan apa jua keadaan, ditimpa musibah dianggap ujian ditangani dengan sabar dan tabah.

Produktif-memanfaatkan seluruh aset diri dan menambahkan hasil nilai EPOS. Mempergunakan masa sepenuhnya dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, efisien dan efektif.

Kontributif-memanfaatkan semua yang dimiliki dan menggunakannya bagi membantu, menyokong dan memberi sumbangan kepada orang lain di sekelilingnya. Menggunakan 3-ta bagi menambah EPOSnya dan menyumbang kepada pihak yang memerlukan.

BAB11: KESIMPULAN

Pimpin keyakinan diri

Melakukan keputusan yang tepat berdasarkan keyakinan kepada kebenaran.

Manfaat/

pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:

Di dalam melayari kehidupan, berpegang teguhlah dengan tali Allah, pasti kehidupan akan diberkahi dan berjalan lancar.

Sektor / Unit/ Organisasi : PENGARAH, IPG KPT

: DR. YAZID BIN ABDUL MANAP


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page