MENGURUS KANAK-KANAK YANG SUSAH BELAJAR
Tahun diterbitkan: 2006
Diterbitkan oleh: PTS PROFESIONAL PUBLISHING SDN. BHD
Setiap kanak-kanak nyang lahir mewarisi kecerdasan yang membolehkannya belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kecerdasan yang diwarisi ini beserta dengan pancaindera yang sempurna, dapat membantu mereka meneroka alam sekitar dengan lebih baik.
Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Buku ini turut memuatkan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru pendidikan khas dan juga ibu bapa yang memiliki anak-anak istimewa. Pelbagai tip yang relevan untuk kanak-kanak ini turut dimuatkan.
Antara kandungan buku ini ialah Pembelajaran dan Masalah Pembelajaran, Mengurus Penilaian, Mengurus Kehendak, Mengurus Pendidikan, Mengurus Penglibatan Ibu Bapa, Mengurus Kemahiran Asas, Mengurus Kanak-kanak Dysleksia, Mengurus Komunikasi, Mengurus Penginklusifan dan Mengurus Penerimaan.
Manfaat/pengajaran yang diperoleh daripada buku yang dibaca:
Taraf pendidikan ibu bapa mempengaruhi tingkah laku dan penerimaan bapa kepada anak-anak bermasalah pembelejaran. Tahap pendidikan bapa yang baik membolehkan bapat mendapat jenis pekerjaan yang baik serta memperoleh pendapatan yang lumayan. Hal ini secara tidak langsung dapat membina hubungan yang lebih baik dan mesra dengan anak. Semakin tinggi tahap pengetahuan ibu bapa tentang anak istimewa, semakin tinggi penerimaan ibu bapa terhadap kanak-kanak ini, Bilangan anak yang ramai turut mempengaruhi penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa. Ibu bapa terpaksa membahagikan peranan yang sama rata antara kanak-kanak istimewa dengan adik beradiknya yang lain. Namun, bilangan anak yang ramai juga turut membantu dari segi sokongan yang secara tidak langsung mampu mengurangkan tekanan ibu bapa.
ANIDA BINTI IDRUS
Sektor / Unit/ Organisasi: JIP, IPG KPT