top of page

Kitab Kuning, Pondok dan Tarekat Ulasan oleh: Ammar Amrullah bin Ismail, 2PPSMP SN

  • May 6, 2015
  • 1 min read

KITAB.jpg

Buku setebal 367 muka surat ini ditulis oleh Martin van Bruinessen,seorang pengkaji berkaitan islam (orientalis) dari Belanda dan tulisan ini diterjemahkan ke dalam bahsa Indonesia oleh Abdurrahman Wahid. Pada awalnya ia bermula dari keupayaan mengenal objek kajian (ingin tahu) dan akhirnya berhujungkan pada pemetaan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam khususnya di kawasan nusantara.

Dalam buku ini penulis menekankan tradisi ‘pengajaran dan pengamalan Islam’ di Nusantara. Ini dibuat melalui kajiannya yang mendalam tentang salasilah keilmuan (intellectual genealogy) dan kajian kritis ke atas "kitab-kitab kuning" yang diajar di pondok-pondok sejak dua abad terakhir iaitu abad ke-19 Masihi dan ke-20 Masihi, penulis ingin menunjukkan betapa besar vitalitasi (daya hidup/ kemampuan untuk bertahan) cara tradisional (turath) dalam menyebarkan ilmu pengetahuan yang diyakini oleh seluruh generasi kepada generasi berikutnya.

Namun,hal yang dibincangkan Martin ini melibatkan ‘intipati islam’. Bagi pendapat saya,ini hanyalah boleh dijadikan bacaan santai dan semestinya bukanlah dijadikan rujukan utama kerana untuk bercakap soal intipati islam,kita berhajat pada roh yang sejahtera lagi pulak wusul. Sebagai analogi mudah, orang yang mati tidak akan dapat memberi manfaat kepada kita. Hal ini kerana rohnya tiada. Bagi kes ini juga sama, walaupun jasadnya tegap dan otaknya cerdas tetapi roh keislamannya tiada, maka ia tidak akan dapat memberi gambaran yang tepat kepada kita. Kita perlu ingat bahawa, hal keagamaan amat berkait rapat dengan perasaan (gevoel). Wallahu’alam.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W

© 2015 by IPG Kampus Pendidikan Teknik

bottom of page