top of page

Rintihan sang hamba - Ulasan dari Nursyafiqa Nabiha Binti Amat – 2ppismp Rbt 1

ulasan1.jpg

SUPRIADI BIN JADDARI

Keutamaan Taubat

PERNIAGAAN JAHABERSA

Perjalanan Hakiki Setiap Insan Jilid 11 (2003)

ISBN -983-077-618-2

Buku Keutamaan Taubat ini memaparkan keutamaan taubat bagi seseorang muslim yang telah membuat dosa. Setiap umat Islam sememangnya mempunyai rasa takut terhadap Allah SWT atas segala kesalahan yang telah dilakukan. Maka, taubat adalah rangkaian ibadah yang harus dilakukan oleh setiap insan yang menginginkan kebahagiaan dan mengelakkan diri daripada kesengsaraan yang berpanjangan. Allah SWT telah berjanji di dalam surah Asy-Syura ayat 25, rangkaian ibadah taubat merupakan satu nilai tambah bagi orang yang melakukannya kerana apabila seseorang individu itu telah bertaubat maka Allah SWT akan menambah anugerah kepadanya. Konsep taubat ini merupakan penyesalan yang akan menyebabkan timbulnya azam iaitu kemahuan yang teguh untuk berubah kea rah yang lebih baik. Sebagai tanda penyesalan yang sebenar ialah apabila seseorang itu telah nekad, menyesal terhadap dosa yang dilakukan dan makin giat usahanya untuk menebus dosanya dengan amalan-amalan soleh.

Daripada dapatan bacaan isi kandungan buku ini, pelbagai nilai dan pengajaran yang dinyatakan untuk membimbing umat Islam yang ingin bertaubat. Isi-isi yang diterangkan di dalam buku ini sangat membuka mata dan minda seorang muslim untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kandungan buku ini turut memberi kesedaran mengenai kepentingan, ciri taubat yang diterima dan kesempurnaan taubat. Selain itu, buku ini turut memberi gambaran yang lebih mendalam tentang dosa besar dan dosa kecil yang perlu dihindarkan. Setiap bait-bait kata daripada buku ini memberi kesedaran kepada kita bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kerana sesungguhnya Allah SWT menerima taubat hamba-Nya pada setiap saat.

Secara keseluruhannya, buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan untuk membimbing umat Islam yang ingin pulang ke pangkal jalan. Hal ini kerana kandungannya sangat mantap dan lengkap. Penulis turut menyatakan contoh dan teladan daripada kisah-kisah Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman. Kisah-kisah tersebut telah menyokong hujah-hujah yang terdapat dalam buku ini. ulasan hujah juga mantap dan mudah difahami. Maka, buku ini sangat berguna kepada semua muslim.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page