PERPUSTAKAAN
Waktu Operasi:
8:00pg - 5:00ptg (Isnin-Jumaat)
8:00pg - 2:00ptg (Sabtu)
12:15tgh - 2:45ptg (TUTUP-Jumaat)
1:00tgh - 2:00ptg (TUTUP-Cuti Semester)
CUTI UMUM/ KELEPASAN AM (TUTUP)
" Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan "
Tel : 06-797 9726 (Kaunter Sirkulasi)
Peraturan
Ahli mestilah memakai kad pengenalan institut. Ahli luar hendaklah memakai kad pelawat dan membawa kad institut apabila memasuki perpustakaan.
Pengguna mestilah patuh kepada peraturan senyap semasa berada di perpustakaan.
Pengguna mestilah membenarkan pegawai bertugas memeriksa buku, fail dan lain-lain yang dibawa keluar daripada perpustakaan.
Pengguna tidak dibenarkan makan dan minum semasa berada di dalam perpustakaan.
Beg, topi kaledar, payung, baju hujan dan bungkusan tidak dibenarkan di bawa masuk ke perpustakaan. Barang-barang ini mestilah di simpan di tempat khas di luar perpustakaan.
Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan membuat salinan bahan. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang perkara yang bersabit dan bertentangan dengan AKTA HAK CIPTA.
Tempahan tempat duduk tidak dibenarkan.
Peralatan dan perabot tidak dibenarkan dialih daripada tempat yang ditetapkan.
Pengguna mestilah berpakaian kemas seperti yang ditetapkan oleh pihak institut. Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi etika peraturan pemakaian di kampus meninggalkan perpustakaan.
Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna yang dianggap berkelakuan mengaganggu ketenteraman perpustakaan supaya keluar dari perpustakaan.
Kakitangan akademik yang bercuti belajar, berpindah atau bersara mestilah memulangkan semua bahan yang dipinjam sebelum meninggalkan institut.
Menyalahguna kemudahan perpustakaan dan perkara-perkara di bawah adalah dilarang sama sekali.
a. mengoyak buku, jurnal dan lain-lain.
b. mencuri buku, majalah, jurnal dan lain-lain.
Keahlian perpustakaan akan tamat apabila pelajar atau pelatih menamatkan pengajian dari institut.
Peminjaman
Imbas (scan) kad matrik/kad ahli sebelum urusan peminjaman dilakukan.
Imbas buku yang dipinjam. [*Jika status akaun peminjam digantung (suspended), ahli perlu memulangkan buku/bahan yang masih dipinjam.]
Cap slip pemulangan buku/bahan yang dipinjam sama seperti tarikh pemulangan dalam pangkalan data sistem ILMU.
Setelah selesai, imbas buku pada mesin penyahaktif bagi mematikan pengesanan strip.
Pemulangan
Buku/bahan yang dipulangkan disemak tarikh pemulangan.
Buku-buku yang dipulangkan diimbas (scan) ke sistem ILMU untuk rekod pemulangan. [*Setiap ahli yang lewat memulangkan buku/bahan dikenakan denda seperti dinyatakan.]