top of page

Pengenalan

Perpustakaan ditubuhkan bertujuan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kursus kurikulum Institut.

Perpustakaan telah menggariskan beberapa panduan menuju ke arah pembangunan perkhidmatan yang bersistematik, terancang dan bercirikan teknologi tinggi. Ini adalah bagi memenuhi keperluan pelbagai peringkat kursus sama ada kursus jangka pendek ataupun kursus jangka masa panjang termasuk semua pensyarah. Penubuhan Perpustakaan telah dirangka rapi dengan mengambil kira infrastruktur perkhidmatan Perpustakaan dan kemahiran maklumat dalam bidang pendidikan masa sekarang yang berkait rapat dengan bidang Teknologi Maklumat (TM).

Maklumat Perpustakaan adalah memberi keutamaan terhadap mutu perkhidmatan, pencarian maklumat, penyelidikan dan penyebaran ilmu.

Visi dan Misi​

Visi

Perpustakaan Pendidikan Keguruan Yang Cemerlang.

​Misi

Menyediakan Perkhidmatan Maklumat Dan Prasarana Ke Arah Melahirkan Pendidik Yang Cemerlang.

Objektif​

  • Membolehkan semua pengguna   mengakses   informasi terkini melalui ICT secara efisyen;
  • Memperoleh dan menggunakan kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasi sistem;
  • Menjadi pusat rujukan dan penyelidikan keguruan; dan
  • Membina pusat ilmu yang kondusif dan selesa bagi pengguna ke arah memupuk pembelajaran sepanjang hayat.
bottom of page