PERPUSTAKAAN
Waktu Operasi:
8:00pg - 5:00ptg (Isnin-Jumaat)
8:00pg - 2:00ptg (Sabtu)
12:15tgh - 2:45ptg (TUTUP-Jumaat)
1:00tgh - 2:00ptg (TUTUP-Cuti Semester)
CUTI UMUM/ KELEPASAN AM (TUTUP)
" Selangkah Ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan "
Tel : 06-797 9726 (Kaunter Sirkulasi)
KENALI KAMI
Perpustakaan ditubuhkan bertujuan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan kursus kurikulum Institut.
Perpustakaan telah menggariskan beberapa panduan menuju ke arah pembangunan perkhidmatan yang bersistematik, terancang dan bercirikan teknologi tinggi. Ini adalah bagi memenuhi keperluan pelbagai peringkat kursus sama ada kursus jangka pendek atau pun kursus jangka masa panjang termasuk semua pensyarah. Penubuhan Perpustakaan telah dirangka rapi dengan mengambil kira infrastruktur perkhidmatan Perpustakaan dan kemahiran maklumat dalam bidang pendidikan masa sekarang yang berkait rapat dengan bidang Teknologi Maklumat (TM).
Maklumat Perpustakaan adalah memberi keutamaan terhadap mutu perkhidmatan, pencarian maklumat, penyelidikan dan penyebaran ilmu.
OBJEKTIF
-
Membolehkan semua pengguna mengakses informasi terkini melalui ICT secara efisyen;
-
Memperoleh dan menggunakan kemahiran mengurus, menilai serta mengaplikasi sistem;
-
Menjadi pusat rujukan dan penyelidikan keguruan; dan
-
Membina pusat ilmu yang kondusif dan selesa bagi pengguna ke arah memupuk pembelajaran sepanjang hayat.
VISI
Pusat Sumber
Keguruan Yang Cemerlang
MISI
Menyediakan Perkhidmatan dan Prasarana
Ke Arah Melahirkan Pendidik Yang Cemerlang