top of page

​OPAC

​

Perpustakaan menyediakan kemudahan OPAC untuk kemudahan pengguna mendapatkan bahan di rak.​ Panduan penggunaan opac boleh di lihat di sini.

 

RUANG MESYUARAT/ RUANG PERBINCANGAN / RUANG PAMERAN / LOKER BERKUNCI


Ruang ini boleh digunakan untuk aktiviti jabatan atau pelajar. Permohonan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan sirkulasi.​ Sila klik di sini untuk membuat tempahan secara atas talian.

​​SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP)​


Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan bahan bacaan di perpustakaan lain.  Melalui sistem SPP ini, pengguna mempunyai pilihan meluas kepada bahan yang diperlukan.

PEMINJAMAN

​

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan pinjaman bahan-bahan Perpustakaan. Tatacara dan syarat-syarat peminjaman buku atau bahan bagi penyarah, kakitangan serta pelatih boleh dibuat merujuk dokumen Tatacara Sirkulasi Bahan Perpustakaan. ​ Kemudahan Perbaharui pinjaman juga disediakan. Rujuk tatacara di sini.

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI


Perpustakaan juga menyediakan kemudahan perkhidmatan capaian teknologi maklumat dan komunikasi iaitu perkhidmatan komputer untuk mengakses maklumat atas talian serta komputer untuk menaip bahan tugasan masing-masing. Selain itu sebuah bilik multimedia juga disediakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan pensyarah dan para pelatih.​ Perkhidmatan mencetak disediakan di Perpustakaan bagi kemudahan pensyarah dan pelatih untuk mencetak bahan-bahan maklumat yang diperlukan. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini dikenakan membayar perkhidmatan percetakan.​

​

bottom of page