top of page

Bengkel Pengkatalogan dan Pengendalian Sistem ILMU


Bengkel ini dijalankan pada 21-22 March 2017. Matlamat kursus ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kompentensi staf perpustakaan dalam bidang pengkatalogan dan pengkelasan dengan menggunakan modul yang terdapat dalam sistem perpustakaan (ILMU). Pengkatalogan adalah proses menyediakan maklumat bibliografi katalog menggunakan alat pengkatalogan yang telah ditetapkan mengikut piawaian antarabangsa. Untuk melaksana proses pengkatalogan tersebut, kakitangan perpustakaan memerlukan pendedahan mengenai penggunaan sistem ILMU bagi memasukkan (key in) maklumat berkenaan. Ini supaya maklumat tag mengenai buku/bahan yang dikatalog tepat dan dapat memudahkan pengguna untuk membuat pencarian bahan di webOPAC Perpustakaan IPG Teknik.

Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk :

  1. memberi pendedahan kepada staff perpustakaan mengenai modul-modul yang terdapat di dalam sistem ILMU

  2. Memberi pemahaman mendalam dalam pengkatalogan diskriptif dan MARC 21 yang digunapakai di perpustakaan

  3. Mendedahkan pegawai dan kakitangan kepada perkembangan sistem MARC 21.

  4. Sebagai persediaan ilmu kepada kakitangan sekiranya sistem ILMU dinaiktaraf di masa akan datang

bottom of page