Ulasan Buku Sempena Hari Buku Sedunia HBS 2017
Ulasan buku ini diadakan pada 18 April 2017, bersempena Hari Buku Sedunia 2017. Matlamat Sesi Pembacaan Buku ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pembacaan buku di kalangan warga pensyarah dan staf. Secara tidak langsung ini menggalakkan budaya membaca di kalangan warga institut. Kaedah Blended Approach ini juga digalakkan oleh KPM bagi menggantikan hari latihan di jabatan masing-masing. Pembentangan dan penulisan sinopsis buku yang disediakan meliputi ringkasan eksekutif, pembelajaran yang diperolehi dan aplikasi di dalam organisasi. Sehubungan itu unit Perpustakaan telah mengadakan latihan / sesi tersebut bersempena menyambut Hari Buku Sedunia yang telah diadakan pada 18 hingga 20 April 2017.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk :
Menggalakkan pembacaan buku dengan kaedah perkongsian ilmu di kalangan warga institut
Memberi input dan idea-idea baru peserta dalam mengaplikasikan hasil dari pembacaan untuk diaplikasi di jabatan masing-masing
Menyemarakkan budaya membaca selaras dengan dasar dan amalan Budaya IPG dalam mempraktikkan amalan pembelajaran sepanjang hayat