Bengkel Helpdesk ‘KAUNTER RUJUKAN ATAS TALIAN’
Bengkel Heldesk Sistem atas talian telah diadakan pada 30 Ogos 2016 khusus kepada kakitangan yang akan mengendalikan aplikasi taw.to.
Matlamat kursus ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kompentensi staf sokongan perpustakaan dalam penyampaian perkhidmatan perpustakaan. Perpustakaan perlu selari mengikut arus digital terutama dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan. Perkhidmatan meja rujukan (reference desk) adalah penting untuk membantu pengguna perpustakaan menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan adanya kelengkapan internet yang disediakan, pelajar dapat mengakses pelbagai kemudahan melalui komputer riba atau telefon pintar. Perpustakaan mengambil peluang mengaplikasikan kemudahan ini untuk memantapkan perkhidmatan meja rujukan dengan menggunakan kemudahan atas talian.
Kaunter rujukan atas talian telah dilaksanakan pada Februari 2016 dan mendapat maklumbalas menggalakkan dari pengguna perpustakaan. Sehubungan itu unit Perpustakaan merancang untuk mengadakan bengkel tersebut seperti yang telah dirancang dalam Perancangan Tahunan 2016. Kursus ini akan dilaksanakan pada 30 Ogos 2016 (Selasa)
OBJEKTIF KURSUS
Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk :
memberi pendedahan kepada staff perpustakaan mengenai aplikasi baru
Memberi pemahaman mendalam kepentingan perkhidmatan meja rujukan dalam perpustakaan
Mendedahkan pegawai dan kakitangan kepada perkembangan digital dalam bidang perpustakaan
Sebagai persediaan ilmu kepada kakitangan untuk naiktaraf perkhidmatan perpustakaan