top of page

Kursus Pengemaskinian Data Pengkatalogan Pada Sistem Ilmu, 4 – 5 Jun 2015

Pengkatalogan adalah proses menyediakan maklumat bibliografi katalog menggunakan alat pengkatalogan yang telah ditetapkan mengikut piawaian antarabangsa. Untuk melaksana proses pengkatalogan tersebut, kakitangan perpustakaan memerlukan pendedahan mengenai penggunaan sistem ILMU bagi memasukkan (key-in) maklumat berkenaan. Ini supaya maklumat tag mengenai buku/bahan yang dikatalog tepat dan dapat memudahkan pengguna untuk membuat pencarian bahan di webOPAC Perpustakaan IPG Teknik. Sehubungan itu unit Perpustakaan telah mengadakan kursus tersebut seperti yang telah dirancang dalam Perancangan Tahunan 2015.

OBJEKTIF KURSUS

Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk :

  • memberi pendedahan kepada staff perpustakaan mengenai modul-modul yang terdapat di dalam sistem ILMU

  • Memberi pemahaman mendalam dalam pengkatalogan diskriptif dan MARC yang digunapakai di perpustakaan

  • Mendedahkan pegawai dan kakitangan kepada perkembangan sistem MARC 21.

  • Sebagai persediaan ilmu kepada kakitangan sekiranya sistem ILMU dinaiktaraf di masa akan datang

Flickr - 20150604_120830
Flickr - DSC02729

Flickr - IMG-20150605-WA0013

Flickr - DSC02730

Flickr - DSC02733

bottom of page